Dyno Room Soundproof Specialist Malaysia

Posted on Leave a comment
Dyno Room with Motorbike Display

Recognized By More Than 60 Customers

Sehingga kini lebih 60 premis perniagaan iaitu garaj motosikal dan operator dyno telah menggunakan perkhidmatan kami.

Jurutera di LovelyTeik bekerja saban hari untuk memastikan kualiti produk terjaga dan terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan. Produk serap bunyi dan kalis bunyi yang berasaskan foam dan span merupakan kepakaran utama kami.

Selama 15 tahun ini, kami telah berurusan dengan pelbagai latar belakang pelanggan yang amat kami hargai malah majoriti daripada pelanggan ini kami anggap sebagai sahabat dan kenalan rapat kami.

 Mereka adalah sahabat LovelyTeik kerana mereka bukan sahaja pengguna malah mempromosikan produk kami disebabkan oleh keberkesanan dan piawaian kualiti produk keluaran Lovelyteik.

Sepanjang lebih sedekad berada dalam industri yang menfokuskan kepakaran mengawal bunyi, kami telah memasarkan lebih 1,500 produk di seluruh Malaysia. Sudah tentu, LovelyTeik akan menawarkan produk pada harga berpatutan dan kompetitif. Namun apa yang penting, kami menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu untuk pelanggan yang kami hargai.

Variasi produk LovelyTeik yang popular adalah PU foam, PE foam, EPS foam dan EVA foam. Fokus LovelyTeik mengawal pencemaran bunyi terutama melibat kediaman. Terkini kami mengembangkan kepada kepakaran kami dan renovasi kediaman dan memperkenalkan produk berasaskan papan pada masa depan.

Terkini produk yang paling laris dalam senarai LovelyTeik adalah Egg Crate Acoustic Foam dan Sound Insulation Foam Roll. Egg Crate Acoustic Foam dan Sound Insulation Foam Roll kedua-dua produk ini umpama magis dalam mengatasi masalah bunyi. Kedua-dua produk LovelyTeik ini berfungsi sebagai penyerap bunyi apabila panel dipasang pada ruang tertentu di dyno bilik anda. Ia bukan sahaja menyerap bunyi malah membantukan bunyi tidak tersebar dalam ruang tertentu.

Dyno Room with Mixed Acoustic Foam Resized (1)
Dyno Room with Mixed Acoustic Foam Resized (2)
Dyno Room with Mixed Acoustic Foam Resized (3)

Gambar diberikan oleh pelanggan kami. Dalam gambar semua akustik barang dapat membeli dari kami.

Apabila melihat perkataan acoustik atau akustik, ramai pasti beranggapan bahawa span tersebut hanya sesuai dipasangan dalam studio rakaman, pawagam dan kediaman semata-mata. Jangan mudah membuat kesimpulan dengan perkataan akustik. Span akustik kini turut menjadi pilihan para pelanggan dalam dunia permotoran dan premis industri.

Garaj seumpamannya turut sesuai memasang panel span akustik atau boleh juga memilih barisan produk sound insulation foam roll. Begitu juga dyno operator sesuai untuk mendapatkan khidmat kami menempatkan panel span akustik di lokasi premis anda.

Kepada peminat motosikal yang ingin mempunyai garaj di kawasan rumah masing-masing tanpa bunyi motosikal atau kenderaan yang dihasilkan daripada garaj menggangu insan tersayang mahupun dalam kalangan jiran tetangga, maka disarankan untuk memasang panel span akustik di garaj anda.

Keupayaan span akustik Lovelyteik sama ada egg crate acoustic foam dan sound insulation foam roll sudah tentu merupakan pilihan bijak supaya bunyi dalam garaj dapat diserapkan. Begitu juga dyno industri amat memerlukan panel akustik ini untuk mengawal bunyi di ruang yang terlibat.

Bayangkan jika ruang garaj anda yang berada dalam premis kediaman tidak dipasang panel span akustik pastinya mengganggu jiran tetangga atau ahli keluarga, paling penting lagi – kena saman. Bagaimana bunyi ini boleh terhasil, pantulan bunyi yang mengena pada struktur yang keras iaitu dinding memudahkan proses pantulan sehingga bunyi yang lebih kuat dihasilkan. Bunyi motosikal kuasa tinggi umpanya pasti mempunyai ngauman enjin yang kuat. Tanpa pemasangan span akustik bunyi ngauman daripada motosikal berkenaan mudah sahaja untuk tersebar.

Bukan sahaja garaj kediaman, garaj di premis perniagaan juga sangat sesuai untuk memasang panel ini di kedai anda. Percayalah bahawa produk kami mampu mengatasi masalah bunyi di premis anda dengan menyerap bunyi. Bukan sahaja mudah dipasangkan dan ringan, harga yang kami tawarkan juga kompetitif.

SOUND ABSORBING FOAM FOR DYNO ROOM

Garaj Motosikal Selangor

Gambar diberikan oleh pelanggan kami. Dalam gambar semua akustik barang dapat membeli dari kami.

Sehingga kini lebih 60 premis perniagaan iaitu garaj motosikal dan operator dyno telah menggunakan perkhidmatan kami. LovelyTeik akan menghantar bantuan yang terbaik ke premis anda untuk proses pemasangan panel span akustik ini di dinding perniagaan anda.

Kami berharap dengan sokongan berpanjangan kami mampu untuk terus memberikan perkhidamatan dalam aktiviti sukan permotoran dengan menawarkan kemudahan kawalan bunyi yang berkualiti pada harga yang kompetitif.

You May Interest In Product

shallow focus photography of man in brown jacket wearing gray hat in front of motorcycle

Our Customer List

Dyno Operators Whole Malaysia.

Leave a Reply