Span Akustik Kegunaan Malaysia

Posted on 1 Comment
Meeting Room with Egg Crate Acoustic Foam

Alat kalis bunyi atau serap bunyi. Ramai rakyat Malaysia yang masih keliru dengan fungsi kedua-dua alat ini untuk mengatasi masalah gangguan bunyi. Namun apa yang pasti ketika berdepan dengan masalah bunyi, pilihan dalam kalangan pengguna lazimnya terarah kepada pemasangan alat kalis bunyi.

Pakar dalam menyelesaikan masalah gangguan bunyi, Lovelyteik sering menerima pertanyaan mengenai harga panel alat kalis bunyi yang ditawarkan  dalam kalangan pengguna. Mereka lebih berminat untuk mengetahui lokasi sesuai menempatkan panel berbanding mengetahui bagaimana panel alat kalis bunyi berfungsi. Mereka bertanya mengenai kewujudan panel tersebut kerana pernah melihat pemasangan panel seperti egg crate acoustic foam (span akustik) di dinding studio rakaman, program TV dan di dalam pawagam sebagai penyelesaian masalah gangguan bunyi. Lazimnya, tanggapan mereka mengenai span akustis adalah: “Bukankah foam merupakan kalis bunyi, bukankah foam sering dipasang dalam bilik untuk menyelesaikan masalah gangguan bunyi,”. Malangnya tanggapan mereka salah kerana span akustik tidak menghalang bunyi sebaliknya hanya menyerap bunyi.

Biar Kita Lihat Contoh Akuarium.

Bayangkan Dinding Akuarium Adalah Span Akustik, Air Seperti Bunyi.

Macam Mana Fungsi?

spacious room with empty aquarium placed on wooden stand

Masih tidak faham mengenai perbezaan span akustik serap bunyi dan kalis bunyi. Jangan khuatir, mari kita lihat perumpamaan mudah untuk anda memahami fungsi antara span akustik serap bunyi dan kalis bunyi. Bayangkan untuk membina sebuah akuarium untuk menempatkan ikan, anda pasti mahu air secukupnya berada dalam akuarium berkenaan. Jika anda membina akuarium menggunakan span maka air akan diserap dan mengalir keluar. Sebaliknya, jika akuarium dibina menggunakan kaca, air tidak akan mengalir dan kekal dalam akuarium. Demikian perumpaan mengenai bunyi. Bayangkan air seperti bunyi dan dinding akuarium adalah span akustik. Apabila dipasang pada dinding, span akustik akan menyerap bunyi dan bukan menghalang bunyi.

Konsep yang perlu difahami di sini, pembuatan span akustik adalah khas untuk menyerap bunyi dalam sesebuah ruang. Material span akustik lazimnya, lembut, gebu dan ringan. Sifatnya pula direka untuk mengurangkan echo atau bunyi dalam sesebuah ruang.

Masih tidak faham mengenai fungsi span akustik, mari kita lihat contoh seterusnya. Anda membina sebuah bilik di bawah tanah dan mahu kawasan tersebut bebas daripada sebarang gangguan bunyi. Maka anda meletakkan dua egg crate foam sebagai dinding. (PS – Kami mempunyai 3 jenis grade untuk egg crate foam – Grade A, Grade B & Grade B3.) Apa yang berlaku adalah anda masih boleh mendengar suara yang luar masuk ke ruang bilik dan suara anda juga tersebar ke kawasan luar dari bilik. Keadaan ini berbeza sekiranya anda meletakkan dinding konkrit, mungkin anda masih mendengar suara dari luar, tetapi pada kadar yang sangat-sangat minimum. Dinding bersifat konkrit menghalang bunyi dari masuk dan keluar dari sesebuah ruang. Lazimnya ia melibatkan bahan pembuatan yang berat, padat dan permukaan yang kasar.


Pelanggang Kami

Acoustic Foam Residential Projects By LovelyTeik
Home Studio

Spaghetti with Tomato, Spinach, and Shaved Parmesan

Home Recording Room With Egg Crate Acoustic Foam Resized
Home Record Room

Creamy Tomato Soup with Cheese Toasties

Meeting Room with Egg Crate Acoustic Foam Resized
Airport Meeting Room

Grilled Asparagus & Poached Egg on Toast

Masih membaca artikel ini, tahniah saya ucapkan. Mungkin anda masih belum bergelar pakar dalam memahami perbezaan dan fungsi span akustik sebagai penyerap bunyi dan bukannya penghalang bunyi. Tetapi tidak mengapa, dengan pembacaan artikel ini, saya yakin anda sudah mendapat gambaran jelas mengenai perbezaan panel serap bunyi dan kali bunyi.

Sekiranya anda masih keliru, itu perkara biasa kerana anda tidak akan bergelar pakar dengan membaca satu artikel sahaja. Jika masih keliru, hubungi kami, kami sedia membantu anda untuk mengurangkan kesusutan anda berkaitan perbezaan alat kalis bunyi dan alat serap bunyi.

Jadi sebelum bertanya lebih lanjut kepada LovelyTeik, terdapat beberapa persoalan yang perlu anda kaji. Contohnya, apakah keluasan ruang bilik anda. Apakah fungsi bilik tersebut sehingga memerlukan pemasangan panel span akustik. Adakah anda mahu menghalang bunyi dari keluar atau mengurangkan gangguan bunyi. Persoalan paling utama yang perlu anda jawab adalah, adakah anda mahu menyerap echo atau menghalang echo.

Jangan khuatir sekiranya anda masih keliru dengan perbezaan antara span akustik sebagai alat menyerap bunyi dan kalis bunyi. Kami yakin dengan pembacaan lebih lanjut lama-kelamaan anda mampu untuk memahami perbezaan dan fungsi kedua-dua alat penyelesaian masalah bunyi. 
Sila rujuk di sini Bahasa Inggeris Versi.

You May Interest In Products

Buy Sound Acoustic or Soundproof or
Sound-absorbing Materials and Items Cover Page

OUR Guarantee

Buy Sound Acoustic/Soundproof/
Sound-absorbing Materials and Items